Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" yang dimaksudkan kekayaan itu bukanlah
banyaknya harta benda tetapi kekayaan
yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)"
(Riwayat Abu Ya'la)
Hati adalah suatu yang amat penting kerana hati ibarat raja dalam kerajaan tubuh badan kita. Segala pergerakan anggota badan sama ada melakukan kabaikan atau kejahatan adalah menurut perintah hati. sabda Rasulullah s.a.w. melalui sebuah hadis yang bermaksud:
"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badanya.
Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor
dan rosaklah seluruh anggota badanya. Dan daging yang
dimaksudkan ini adalah hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
kerosakan masyarakat hari ini antranya disebabkan penyakit hati yang sentiasa bersarang di dalam tubuh badan manusia. Antara penyakit hati yang teruk ialah hasad dengki, dendam, iri hati, tamakk haloba, memuja wang dan harta benda, pentingkan diri, gila dunia, ego, gila kemasyhuran, gila hiburan dan seks, fahaman tidak bertuhan, penakut, kecewa, merasa hina diri dan sebagainya.
Hati yang dijadikan Allah dalam tubuh kita merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawbkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. kita akan disoal bagaimana kita mengendalikan hati yang mempunyai fungsi yang sangat besar ini.
Apabila kita sudah mengetahui kepentingan fungsi dan peranan hati dalam kehidupan kita, sewajarnya kita mengetahui juga sama ada hati yang kita miliki ini baik ataupun tidak, cantik atau buruk dan kotor ataupun bersih.
Hati kita bagaikan raja kerana segala perintah yg datang drpnya harus dilaksanakan oleh anggota tubuh badan yang lain. Sebagai contoh, seseorang yang hendak makan akan terdetik dihatinya untuk merasai pelbagai jenis hidangan. Hati terlebih dahulu bertindak sebelum mulut memainkan peranannya. Jelaslh di sini bahawa semua yang kita lakukan bermula dengan detik di hati.
Pada hari ini, kita sudah dapat melihat banyak orang yang gagal mengawal diri lantaran hati tidak bertindak sebagai pembimbing yang baik kerana manusia suka mengikut kata hatidan jarang menggunakan akal untuk melakukan sesuatu. Di sinilah hebatnya peranan hati berbanding akal. Banyak kemusnahan yang berlaku kerana terlalu mengikut kata hati . Tapi jika hati itu menyuruh kepada kebaikan maka akan amanlah dunia ini.
Jika kita mahukan segala sifat terpuji kekal dalam diri, hati perlulah dibersihkan terlebih dahulu daripada segala kekotoran dan sifat tercela. Hati yang bersih dan baik akan memberi arahan kepada anggota tubuh badan yang lain agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.
jom kawan2 bersihkan hati,agar hati takkan mati
JENIS-JENIS HATI
1) Qalbun sahih
2) Qalbun Mayyit
3) Qalbun Maridh
1) Qalbun sahih
Qalbun sahih bermaksud hati yang suci. Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati kita bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah allah s.w.t. Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan keentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan semuanya kerana Allah. Jika mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah. Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.
Jika kita hendak tergolong dalam golongan yang memiliki hati yang suci ini, kita perlulah menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh teladan dalam hidup kita. Maksudnya, segala apa yang kita lakukan dalamurusan seharian adalah berpandukan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda mempunyai akhlak yang paling mulia.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “aku telah diutus semata2 untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.”
Kelebihan orang yang suci hatinya ialah Allah s.w.t. akan mengurniakan petunjuk hidayah kepadanya. Ia akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah sehingga ia mendapat kemudahan dalam melakukan amal ibadat.
Bersifat takut kepada Allah akan menjadikan seseorang itu sentiasa mentaati Allah dan akan memperolehi rahmat daripadanya.
2) Qalbun mayyit
Qalbun mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah. selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas drpd rahmat Allah.