Monday, August 23, 2010

Sahabat & Blackout......

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..........

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan 'inayahnya kepada saya dalam menulis tinta azimat yang bermakna ini. Sekalung perhargaan saya ucapkan kepada Ustaz Faisal Ash'ari kerana telah membimbing kami dalam menulis entri-entri terbaru dalam blog ini. Baarakallahu Fikk.........


Dalam entri pertama yang saya ingin kongsikan bersama dalam ruangan ini adalah berkaitan dengan sahabat. semua diantara kita mempunyai ramai sahabat bahkan sahabat adalah segala-galanya baginya. kepada sahabat jualah tempat berkongsi masalah dan kepada sahabat jualah tempat kita bergurau senda. Ada pepatah azimat yang mengatakan " Berkawan biar seribu, bercinta biar satu ". tepat sekali pepatah ini, carilah kawan biar beribu dan carilah cinta biar setia dengan yang satu. Kenapa??????... mesti la...kang kene ketuk ngan penyapu....huhuhu.....

Alhamdulillah, kehidupan kita, dulu, kini dan selamanya dikelilingi dengan sahabat, cuma yang paling penting dalam menjalinkan persahabatan adalah biarlah sahabat yang mendampingi kita adalah seorang sahabat yang dapat menarik kita kearah menggapai keRedhaan Allah SWT. Sahabat sebeginilah yang paling dituntut dalam Islam dan sahabat seperti inilah yang wajib dicari oleh setiap muslim. istilah wajib itu memainkan peranan penting kerana dengan sahabat yang baik dapat menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat.

Pada hemat saya, terdapat dua kategori sahabat. Pertama adalah sahabat yang baik dimana sahabat seperti ini dapat memimpin tangan kita kearah jalan yang di Redhai oleh Allah dan sahabat seperti ini adalah wajib dicari bagi menjamin kebahagiaan. Manakala sahabat dalam ketegori yang kedua pula ialah sahabat yang tidak baik @ jahat dan yang sama waktu dengannya. Sahabat seperti ini hendaklah dihindari kerana takut dipengaruhi oleh kenakalan mereka. Walaupun begitu, Sahabat yang kedua ini haruslah di dampingi bagi di 'renovate' kan.

Dalam bersahabat, contohilah sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersahabat. antara sahabat-sahabatnya yang agung iaitu Saidina Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali r.a, mereka sanggup berkorban demi sahabatnya yang tercinta iaitu baginda SAW.

Dalam ruangan ini, ingin saya kongsikan satu pengalaman yang saya alami dimana dua orang sahabat saya iaitu "B" dan "H" dimana mereka berdua sanggup berkongsi sajian berbuka puasa dengan saya. kami makan seperti dalam dalam dulang walaupun hanya menggunakan plastik yang dikoyak-koyakkan supaya menjadi lebih besar. Dalam masa yang sama, bilik kami tiba-tiba blackout kerana hujan yang terlalu lebat. Jadi, romantiknya kami berbuka puasa pada hari itu seperti candlelite dinner. romantik kan ??? 

 Hal ini samalah juga dengan kisah para sahabat dimana pada suatu hari baginda SAW didatangi seorang tetamu dan tetamu tersebut dari jauh. Oleh itu, baginda mengiklankan kepada para sahabatnya yang lain untuk memberi makanan kepada tetamu terebut kerana baginda tidak mempunyai makanan di rumahnya. lalu, salah seorang sahabat baginda telah sanggup memikul tanggungjawab tersebut. Di pendekkan cerita, tetamu baginda tersebut pergi ke rumah sahabat tersebut. lalu sahabat ini memberitahu akan isterinya bahawa itu adalah tetamu baginda jadi sediakanlah makanan untuknya. isteri sahabat itu memberitahu bahawa di rumah mereka makanan terhad kepada keluarganya sahaja. Lalu, si isteri mengeluarkan juga makanan tersebut kerana memuliaka tetamunya. Si tetamu tersebut bertanya, sudahkah kamu makan?? sahabat tersebut menjawab bahawa beliau dan keluarganya telah makan. sahabat ini menutup pelita dan berpura-pura makan bersama tetamu tersebut.

Begitulah hati seorang sahabat baginda kepada baginda, mereka sanggup berkorban kerana kasih dan cinta mereka kepada baginda. Sahabat seperti inilah model sebenar dalam bersahabat. Sahabat yang dapat mengajaknya kearah yang makruf dan sahabat yang dapat menasihatinya jika tersasar dari jalan Allah yang sebenarnya.

 Wallahu 'Alam

No comments:

Post a Comment